KEM MOTIVASI DAN MODAL INSAN

PUSAT URUSAN : PONTIAN, JOHOR
TEL : 010 – 7100457

( FAISAL )

PUSAT LATIHAN & AKTIVITI :
PUSAT REKREASI SRI MAS,

KG. TANAH MERAH, AYER HITAM , MUAR JOHOR

PENGENALAN
JFL EMPIRE merupakan salah satu syarikat yang bernaung di bawah MUZAGROUP INTERNATIONAL. Muzagroup International merupakan penaung kepada beberapa syarikat konsultasi di seluruh Johor di mana kelebihannya ialah kami bersama Board of Hypnotherapy Science, mengkaji satu kaedah yang berkesan dalam pembetukkan kendiri manusia melalui kaedah MINDA SEPARA SEDAR.
Kaedah atau konsep yang sudah terkenal di negara – negara barat dimana mereka menggunakan kuasa minda untuk lebih cepat memahami sesuatu, mempercepat penyembuhan sakit, memaksimakan potensi samada dalam bidang sukan , perhubungan mahupun kerjaya ini telah kami bawa kepada golongan kanak-kanak, remaja dan golongan professional dan ianya terbukti berkesan. Kaedah ini telah kami gabungkan dengan semua aktiviti dan latihan motivasi kami di mana setiap peserta akan mendapat matlamat serta objektif dengan lebih berkesan dan teratur. Kaedah ini juga dapat membantu peserta berubah kearah pembentukkan kendiri yang lebih positif tanpa mereka sedari walaupun telah tamat kursus. Ini kerana terapi ini akan menyerap dalam jiwa peserta sepanjang kursus.
Oleh itu, JFL EMPIRE telah sama-sama menjayakan konsep ini dan merupakan penyumbang terbesar dengan setiap perlaksanaan kursus. Kami akan bergabung dengan setiap konsultasi di bawah Muzagroup International dalam menjayakan kursus. Semua motivator dan jurulatih kami bertauliah dan mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun

KELEBIHAN KAMI :

• Pengurusan yang cekap
• Harga Pakej yang berpatutan
• Teknik dan kaedah motivasi yang berkesan
• Pasti memberi kesedaran untuk perubahan positif
• Penginapan yang selamat
• Pengendalian aktiviti secara saranan diri
• Peralatan aktiviti yang berkualiti dan dijamin
• Kawalan oleh Polis Hutan (PGA)
• Taklimat , pantauan keselamatan dan jenayah oleh PDRM
• Jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman luas
• Kualiti keberkesanan kesedaran tahap Delta
• Percuma tempat penginapan , makan dan minum untuk 2 orang guru pengiring.
• Diskaun 20% pakej memancing di tengah laut untuk guru
• Sijil penyertaan percuma

MISI DAN VISI

RASIONAL
• Menyedari bahawa masyarakat hari ini secara amnya kurang mempunyai keyakinan dan kaedah dalam aspek inovasi kehidupan , maka satu daripada pendekatan yang efektif untuk menerap dan meningkatkan KUASA MINDA,NILAI – NILAI MURNI KEHIDUPAN,KONSEP PEMIKIRAN GLOBAL DAN TEKNIK MENJANA POTENSI DIRI YANG BETUL dalam bersatu dan cemerlang di dalam diri ialah menerusi program/ kursus .
• Perubahan suasana akan melahirkan rasa seronok menerusi input-input yang berkaitan dengan perubahan cara gaya berfikir dan sikap.
• Peserta perlu dimotivasikan dari masa ke semasa agar mereka sentiasa mempunyai daya juang dan daya saing yang sentiasa tinggi.
OBJEKTIF
• Memberikan motivasi, kesedaran dan bimbingan mengenai sikap kecemerlangan diri dan kumpulan yang perlu diamalkan supaya menjadi insan yang bermotivasi , berpotensi tinggi dan bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.
• Dapat mempraktik dan menghayati kaedah pengurusan diri yang cemerlang dan mampu berfikir secara maksima untuk mencapai inspirasi dan target .
MATLAMAT
• Di akhir program para peserta akan dapat melaksanakan serta menghayati sikap-sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni terhadap diri lantas menjamin situasi yang harmoni dan perpaduan yang kukuh.

PENGLIBATAN :
KONSULTASI
• Nakhoda Training Centre
• MuzaGroup International
• MuzaMind Research
• Excellent Victory Attitude
• Brilliant Cycle Sdn Bhd
• Outdoor Pursuits Malaysia
• JFZ Geliga Selatan
• Inspirasi A.D.A.M
• Ilham Murni
MAKANAN
• Tanjung Nelayan Seafood Restaurant
KESELAMATAN
• Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
• R.E.L.A
• Polis Perhutanan Dan Perhilitan Malaysia
• Pasukan Gerakan AM Malaysia ( PGA )

PENGALAMAN PENGENDALIAN KURSUS PROFESIONAL
• KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
• MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH
• YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA JOHOR DARUL TAKZIM
• JABATAN PERIKANAN JOHOR
• JABATAN PERIKANAN MELAKA
• INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
• PEMUDA UMNO
• PUTERI UMNO
• KEMAS
• JABATAN KESIHATAN PONTIAN

PAKEJ TAWARAN

PAKEJ empire 1
( 3 hari 2 malam di Nakhoda Training Centre )
( 60 Orang Peserta Ke atas )

• Makan / minum ( 4 KALI SEHARI )
• Penginapan ( KHEMAH BAWAH KHEMAH )
• Pengendalian aktiviti sepenuhnya
• Peralatan – Peralatan Aktiviti
• Kawalan Oleh Polis Hutan (PGA)
• Pantauan dan Taklimat Keselamatan Dan Jenayah Oleh PDRM
• Perunding Motivasi Yang Diiktiraf
• Jurulatih yang Bertauliah dan Berpengalaman Lebih 12 tahun
• Kualiti Keberkesanan Kesedaran Tahap Delta
• Percuma BILIK Dan Makan/Minum Untuk 2 Orang Guru Pengiring
• Diskaun 20% Pakej Memancing Di Tengah Laut Untuk Guru Yang Berminat
• Hadiah Untuk Kumpulan Dan Peserta Terbaik
• Sijil Penyertaan

HARGA : RM 75.00
( HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT KEPERLUAN JIKA MELEBIHI 100 PESERTA HARGA AKAN )

PAKEJ empire 2
( 2 hari 1 malam di Nakhoda Training Centre )
( 60 Orang Peserta Ke atas )
• Makan / minum ( 4 KALI SEHARI )
• Penginapan ( KHEMAH BAWAH KHEMAH )
• Pengendalian aktiviti sepenuhnya
• Peralatan – Peralatan Aktiviti
• Kawalan Oleh Polis Hutan (PGA)
• Pantauan dan Taklimat Keselamatan Dan Jenayah Oleh PDRM
• Perunding Motivasi Yang Diiktiraf
• Jurulatih yang Bertauliah dan Berpengalaman Lebih 12 tahun
• Kualiti Keberkesanan Kesedaran Tahap Delta
• Percuma BILIK Dan Makan / Minum Untuk 2 Orang Guru Pengiring
• Diskaun 20% Pakej Memancing Di Tengah Laut Untuk Guru Yang Berminat
• Hadiah Untuk Kumpulan Dan Peserta Terbaik
• Sijil Penyertaan
HARGA : RM 55.00
( HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT KEPERLUAN JIKA MELEBIHI 100 PESERTA HARGA AKAN )

PAKEJ empire 3

PAKEJ ( 3 hari 2 malam di Sekolah )
( 80 0rang Peserta Ke atas )

• Pengendalian aktiviti sepenuhnya
• Peralatan – Peralatan Aktiviti
• Perunding Motivasi Yang Diiktiraf
• Jurulatih yang Bertauliah dan Berpengalaman Lebih 12 tahun
• Kualiti Keberkesanan Kesedaran Tahap Delta
• Sijil Penyertaan Percuma
HARGA : RM 45.00

(  TAWARAN UNTUK SEKOLAH SELURUH JOHOR )

PAKEJ empire 4

PAKEJ ( 1 hari di Sekolah )
(100 0rang Peserta Ke atas)
• Pengendalian aktiviti sepenuhnya
• Peralatan – Peralatan Aktiviti
• Perunding Motivasi Yang Diiktiraf
• Fasilitator yang Bertauliah dan Berpengalaman
• Kualiti Keberkesanan Kesedaran Tahap Delta

HARGA : RM 15.00

KURSUS PILIHAN YANG DITAWARKAN
KURSUS MOTIVASI PELAJAR

Mengetengahkan konsep sifat bermotivasi , teknik membangkitkan motivasi dan cara berfikir dan bertindak orang bermotivasi .
Aktiviti : -
• Mental Setting ( Teknik Pemikiran Luar Kotak )
• Ice Breaking ( Teknik Untuk Berani dan Takut Bertempat , Teknik mencetus Idea Untuk diri dan Kumpulan )
• Kuliah dan Moral (Menghilangkan sifat Perkauman dan Bertanggungjawab)
• Nightwalk (Motivation Jungle Trek 0.7 km ) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Merasai Kepuasan Cemerlang )
• Kembara Belantara (Jungle Trek 4 km )( Semangat Cintakan Alam , Semangat Berkumpulan , Mengenali Tumbuh – tumbuhan )
• Tresure Hunt ( Melatih untuk Berfikiran logik dan Dinamik )
• Heart Recall ( Menghayati pengorbanan Ibubapa dan Guru , Menyesali Dosa )
• Obstacle ( Membina keyakinan Hati dan Minda sambil Bermain Halangan di Air )

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR
Mengetengahkan konsep sifat pemimpin , teknik membina pengaruh,cara berfikir dan membuat keputusan sebagai pemimpin .
Aktiviti : -
• Mental Setting ( Teknik Pemikiran Pemimpin )
• Ice Breaking ( Teknik Untuk Berani dan Takut Bertempat , Teknik Mencetus Idea Untuk diri dan Kumpulan )
• Kuliah dan Moral ( Menghilangkan sifat Perkauman dan Bertanggungjawab )
• Nightwalk ( Leadership Trek 1.2 km ) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Teknik Memimpin dalam Keadaan Kritikal )
• Kembara Belantara (Jungle Trek 4 km ) ( Semangat Cintakan Alam , Semangat Berkumpulan , Kepentingan Ketua )
• Poisonous Web ( Teknik Merancang secara Cepat , Tepat dan Berkesan )
• Nakhoda Titanic( Melatih untuk Berfikiran logik , Dinamik dan Tepat dalam Keadaan Kekurangan )
• Obstacle ( Membina keyakinan Hati dan Minda sambil Bermain Halangan di Air )

KURSUS KARISMA PENGAWAS
Mengetengahkan konsep sifat dan batas2 pengawas , teknik membina pengaruh,Teknik Bertindak secara Diplomatik )
Aktiviti : -
• Mental Setting ( Teknik Pemikiran Pemimpin )
• Ice Breaking ( Teknik Untuk Berani dan Takut Bertempat , Teknik Mencetus Idea Untuk diri dan Kumpulan )
• Kuliah dan Moral ( Menghilangkan sifat Perkauman dan Bertanggungjawab )
• Nightwalk ( Leadership Trek 1.2 km ) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Teknik Memimpin dalam Keadaan Kritikal )
• Kembara Belantara (Jungle Trek 4 km ) ( Semangat Cintakan Alam , Semangat Berkumpulan , KepentinganKetua )
• Poisonous Web ( Teknik Merancang secara Cepat , Tepat dan Berkesan )
• Nakhoda Antartika ( Melatih untuk Berfikiran logik , Dinamik dan Tepat dalam Keadaan Emosi Tertekan )
• Obstacle ( Membina keyakinan Hati dan Minda sambil Bermain Halangan di Air )

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
Mengetengahkan konsep sifat perunding, Memahami perasaan rakan sebaya , Teknik menjadi pendengar yg baik ,Batas2 dalam membantu
Aktiviti : -
• Mental Setting ( Teknik Pemikiran Pemimpin )
• Ice Breaking ( Teknik Untuk Berani dan Takut Bertempat , Teknik Mencetus Idea Untuk diri dan Kumpulan )
• Kuliah dan Moral ( Menghilangkan sifat Perkauman dan Bertanggungjawab )
• Nightwalk (Leadership Trek 1.2 km) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Teknik Memimpin dalam Keadaan Kritikal )
• Kembara Belantara (Jungle Trek 4 km ) ( Semangat Cintakan Alam , Semangat Berkumpulan , Kepentingan Ketua )
• SPIDER Web ( Teknik Memberi dorongan , Kepuasan dalam Pengorbanan )
• Nakhoda Titanic( Melatih untuk Berfikiran logik , Dinamik dan Tepat dalam Keadaan Kekurangan )
• Obstacle ( Membina keyakinan Hati dan Minda sambil Bermain Halangan di Air )

KURSUS MOTIVASI AMBANG PEPERIKSAAN UPSR, PMR, SPM, STPM
Mengetengahkan konsep Kestabilan Emosi , Amalan2 Genius, Teknik belajar ‘LAST MINUTE’ ,Mengawal Emosi Semasa Peperiksaan .
Aktiviti : -
• MIND Breaking ( Mengetengahkan Kesilapan Ulangkaji , Teknik Menguatkan memori dan Hati )
• Kuliah dan Moral ( Adab2 yang perlu dijaga sebelum Peperiksaan )
• Nightwalk (Motivation Jungle Trek 0.7 km ) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Merasai Kepuasan Cemerlang )
• Pressure Enigma (Melatih untuk Berfikiran Dinamik , Mengingat dan Menjawab dalam Keadaan Tertekan )
• Heart Recall ( Menghayati pengorbanan Ibubapa dan Guru , Menyesali Dosa )
• Akur Janji ( Cetusan Keikhlasan dalam Janji kepada Ibubapa , Guru dan Sekolah Untuk Cemerlang

KRAFT PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Mengaplikasikan Perkhemahan Tahunan dengan Lebih Meriah dan Berkesan
Aktiviti : -
• Team Building ( Menekankan Tanggungjawab Berkumpulan , Fungsi dan Tugas , Identiti DLL )
• Ice Breaking ( Teknik Untuk Berani dan Takut Bertempat , Teknik Mencetus Idea Untuk diri dan Kumpulan )
• Teknik Mendirikan Khemah ( Teknik memasang Khemah dan Ciri2 Keselamatan )• Ikatan Tali ( Teknik Ikatan yang betul Untuk ciri2 Keselamatan )
• Map & Compass ( Teknik Membaca Peta dan Kompas dengan Betul )
• Nightwalk ( Outdoor Trek 0.9 km ) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Menghilangkan Phobia )
• Abseiling ( Teknik Menuruni Bangunan Tinggi Menggunakan Tali Khas )
• Traversing ( Melintas Atas Sungai Menggunakan Tali Khas )
• Malam Gala Budaya ( Menikmati Persembahan2 Kreatif dan Spontan dari para peserta )
• Kayak ( Teknik Berkayak dengan Selamat dan Betul )
• Kawad Dinamik ( Berkawad mengikut Aturan dan Ditambah dengan gerakan Kreatif )
• Obstacle ( Membina keyakinan Hati dan Minda sambil Bermain Halangan di Air )

KURSUS OUTDOOR SURVIVOR
Mengaplikasikan Konsep Survivor dengan Aktiviti Extreme.
Aktiviti : -
• Team Building ( Menekankan Tanggungjawab Berkumpulan , Fungsi dan Tugas , Identiti DLL )
• Ice Breaking ( Teknik Untuk Berani dan Takut Bertempat , Teknik Mencetus Idea Untuk diri dan Kumpulan )
• Teknik Mendirikan Khemah ( Teknik memasang Khemah dan Ciri2 Keselamatan )
• Ikatan Tali ( Teknik Ikatan yang betul Untuk ciri2 Keselamatan )
• Map & Compass ( Teknik Membaca Peta dan Kompas dengan Betul )
• Nightwalk ( Outdoor Trek 0.9 km ) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Menghilangkan Phobia )
• Abseiling ( Teknik Menuruni Bangunan Tinggi Menggunakan Tali Khas )
• Traversing ( Melintas Atas Sungai Menggunakan Tali Khas )
• Kayak ( Teknik Berkayak dengan Selamat dan Betul )
• Campfire ( Menikmati Persembahan , Tepukan irama dan Nyanyian sambil menikmati Keindahan Unggun Api Tinggi )
• Survival Cooking ( Menekankan kreativiti peserta memasak dengan bahan yang diberikan )
• Obstacle ( Membina keyakinan Hati dan Minda sambil Bermain Halangan di Air )

KURSUS ISTIMEWA
KURSUS PENGHAYATAN BAKAT ( Sajak , Syarahan , Debat , Teater , Bercerita DLL )
Menekankan Aspek Kepentingan Bakat dan Teknik Menggunakan sepenuhnya Bakat , Membaiki Kelemahan yang Ada
Aktiviti : -
• Mental Setting ( Teknik Pemikiran Luar Kotak )
• I-Spontanous ( Teknik Berfikiran Dinamik secara Spontan dan Ideal )
• Kuliah dan Moral ( Menghadirkan rasa ketuhanan dan bersyukur Terhadap Bakat mereka )
• Nightwalk (Motivation Jungle Trek 0.7 km ) ( Membina Keyakinan Terhadap Diri , Merasai Kepuasan Cemerlang )
• Kembara Belantara ( Soft Trek 3 km ) ( Semangat Cintakan Alam , Seni semulajadi alam , Mengenali keajaiban Tuhan )
• Layar Patah ( Melatih idea Spontan dan Dinamik )
• Heart Recall ( Menghayati kisah sedih , lucu , geram , kenegaraan dan membuat kesimpulan )
• Acid Lake ( Membina dan Mengaplikasi emosi dan Minda )

HARGA : RM90.00
( MINIMUM 30 PESERTA/ MAKSIMUM 45 PESERTA )
Modul – Modul ini memerlukan fokus , disiplin dan komitmen yang tinggi , Oleh itu , pihak kami berhak membatalkan penyertaan mana – mana peserta yang tidak bersedia .
Kami hanya membenarkan seorang sahaja Urusetia / Guru pengiring untuk memantau setiap aktiviti kerana keberkesanan dan kualiti amat dititik beratkan dalam Modul ini .

KURSUS TEKNIK MEMPELAJARI MINDA SEPARA SEDAR
KURSUS REVOLUSI MINDA

Menekankan Asas Kekuatan Tenaga Minda Bawah Sedar , Pernafasan , Meditasi dan Bio-Energi Manusia Peringkat Remaja .
Aktiviti : -
• MIND Setting ( Teknik Pemikiran Persediaan Minda Bawah Sedar )
• Innergy Complex ( Teknik Pernafasan Membangkitkan Tenaga Positif dan Menyingkirkan Tenaga Negatif )
• Meditasi ( Meningkatkan Kemampuan Nurani Minda dan Mendorong Diri Melakukan Impian Minda )
• Kembara Naluri (Light Trek 0.3 km ) ( Membuka Mata Hati , Membina Naluri yang Tepat )
• Kembara Belantara ( Soft Trek 3 km ) ( Mendengar Gemersik Alam , Seni memahami mesej Alam semulajadi , Keajaiban Tuhan )
• Night Navigation ( Teknik Membuang Phobia , Dorongan Minda Positif )
• Bio-Energy Quest ( Teknik Saranan Minda , Gerak hati @ intuisi yang Kuat )
• MIND Motivation Games ( Permainan dan Latihan – Latihan Jurus Saranan Minda )
HARGA : RM 400.00
( MINIMUM 30 PESERTA/ MAKSIMUM 45 PESERTA )
Modul – Modul ini memerlukan fokus , disiplin dan komitmen yang tinggi , Oleh itu , pihak kami berhak membatalkan penyertaan mana – mana peserta yang tidak bersedia .Kami hanya membenarkan seorang sahaja Urusetia / Guru pengiring untuk memantau setiap aktiviti kerana keberkesanan dan kualiti amat dititik beratkan dalam Modul ini .

KEPERLUAN PERIBADI YANG PERLU DIBAWA PESERTA
• Pakaian biasa sepasang
• 3 Pakaian sukan
• Pakaian untuk solat dan Pakaian untuk riadah
• Alat Tulis yang LENGKAP
• 2 pasang kasut ( untuk aktiviti biasa dan riadah )
• Selipar
• Berus dan ubat gigi serta sabun mandi
• Alat hias diri seperti sikat, minyak rambut, cermin muka, bedak dan lain-lain
• Tuala mandi
• UBAT-UBATAN PERIBADI sekiranya menghidap penyakit seperti migrane, semput, gastrik dan sebagainya
* BARANG-BARANG YANG DILARANG UNTUK DIBAWA PESERTA
• Apa-apa juga senjata seperti pisau, parang dan lain-lain
• Handphone , Walkman , Mp3 dan lain-lain .
• Barang-barang kemas dan wang yang banyak
• Pakaian yang seksi dan yang menjolok mata
• Alatan berjudi seperti daun terup dll
• Segala Bentuk Barangan Elektrik
• Segala bentuk bahan api ( Ubat nyamuk , mancis , rokok )

PERHATIAN : UNTUK KURSUS DI SEKOLAH HARGA DAN AKTIVITI BOLEH DIPERBINCANGKAN & UNTUK MENDAPATKAN HARGA YANG ISTIMEWA

SILA HUBUNGI : 010 – 7100457 ( FAISAL)

12 Komen »

  1. Ckg rosmaini said

    salam,sy ckg SMPK Vokasional Indahpura…sy ingin mengadakan motivasi SPM untuk murid sy yg pekak.program itu sy nak buat selama 3 hari 2 malam.peserta sy hanya 30 org shj.adakah pihak tuan blh melaksanakan program utk peserta pekak ini. Brapa byran setiap murid utk 3 hari 2 malam itu.apakah pakej yg bersesuaian dgn kami.Jika ada pertanyaan blh berhubung dgn sy 0177208966 (ckg rosmaini)

  2. A.M said

    ada no tel x?no y 0137917219 x dpt dhubungi

  3. azie said

    Assalam…
    saya nak tanya …
    ada tak motivasi untuk pelaja tahun 3?

  4. ABDUL JALIL said

    sekolah saya ingin mengadakan perkhemahan unit beruniform…cadangan tarikh 8-10 julai 2011. 200 kepala. sila email Quatation@ hubungi sy 6631387/0137492352 s/u koko STARP

  5. Jamilah said

    assalamualaikum

    saya berminat untuk membuat kem untuk pelajar kami iaitu pada 18-20 Jun.
    akan tetapi jumlah nya cuma 20 org sahaja…

    Bagaimana boleh saya menghubungi orang yang mengurusnya?

    terima kasih

    • jflempire said

      hubungi saya di 010-7100457

  6. halimi said

    Salam alaik,
    Boleh kami hanya menyewa tempat sahaja.
    Aktivti kami kendalaikan sendir.
    Aktiviti pelajar bilangan antara 150-180 orang
    Kami anggota Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh.
    sekian, terima kasih.

  7. faez said

    macam maner nak hubungi kem nie??? saya cuba dail no en faisal tapi x dapat???
    soalan kedua, saya nak tau kem nie amek x kalau kami pelajar lepasan sekolah yang nak wat reunion dalam kem nie~~~
    tulun hubungi saya di email Faezud_din@yahoo.com.my ataupun di 0122945054 (faez) atau facebook (Far-east Zoo-inn)
    Tq

  8. Radziah said

    Salam, saya mencari kem2 motivasi bercorak islamik utk anak2 berusia 7- 10 thn. kursus2 begitu sudah byk wujud dmalaysia tp hampir ksemuanya brtempat d kaw lembah kelang, d johor masih tiada….@ saya yg x tau. mohon diadakn.

  9. mazlyna rosly said

    Assalammualaikum, saya dari UTM, Skudai

    Saya ingin dapatkan quotation 3D2N, 4 aktiviti – obstacle, night trail, water confident dan aktiviti lasak,

    peserta pelajar UTM dalam lingkungan 28 orang sahaja, fasi 10 org (juga pelajar akan terlibat sama dengan peserta), dan 5 pegawai pengiring.

    makan 6 kali sehari, tarikh 25-27 nov. harap dpat hubungi saya

    maz 0177270132

    Tq

  10. roslaila said

    saya nak adakan kursus kepimpinan tetapi bajet yang diperuntukkan tidak tinggi boleh deal harga bagi pakej empire 1?

  11. rahim said

    saya Rahim dari Pasir Gudang.Saya bercadang untuk membuat aktiviti perkhemahan unit beruniform sekolah rendah pada 18,19 & 20 Mei 2012.Penyertaan murid dalam lingkungan 70 orang.Saya ingin mendapatkan maklumbalas tentang kos dan tempahan.sekian terima kasih.

RSS feed for comments on this post

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: